Jumaat, 15 Ogos 2014

NoVel-nOvEl:BuKu PriMa

Suamiku Encik Sotong


Suamiku Encik Sotong
Syikin Zainal
RM 25.90
ISBN: 978-967-0535-21-0
624 hlm
Bahasa Melayu
Tarikh Terbit: 17 Mei 2013

  
Sinopsis

ERICA SOFFEA melonjak kegembiraan. Mana tidaknya, dialah bakal peneraju Khaleeda Holding. Walaupun hubungannya dengan arwah nenda bu-kanlah baik sangat pun. Terasa macam hendak buat aksi akrobatik ketika namanya diumumkan. Naik senak kepala Erica bila dia terpaksa dijodohkan dengan sotong peliharaan nendanya, Farish. Dah lah tak macho, pakai baju warna pink. Kalau bercakap tangan bukan main lentik lagi macam orang nak main mak yong. Farish terpaksa menerima Erica kerana dua sebab. Pertama, sebab wasiat arwah Tengku Khaleeda. Kedua, kerana tidak tahan dengan perangai berlagak Erica. Lagipun bukan lama sangat dia perlu bergelar suami pada diva berlagak itu, tiga tahun sahaja. Dalam tempoh perkahwinan mereka jatuh cinta. Tapi... cinta itu bukan milik mereka berdua. Milik siapa ya?Peninglah, kalau dah dapat suami sotong. Bukan hanya lembut fizikaltapi lembut juga hatinya. Erica pula terpaksa terus bersama dengan Encik Sotongnya kerana cinta. Encik sotong bukan lelaki biasa, tetapi lelaki yang sanggup berkorban segala-galanya demi tidak mahu melihat Erica merana. Walaupun jiwa lelakinya menderita, tapi sampai bila?
“Amboi sedap aje mulut kau mengata kat aku. Aku pun tak ingin nak ambil perempuan macam kau ni jadi isteri aku tau. Mulut macam puaka.” - Farish

“Bukanlah Kak Ain, bukan Rica nak sembunyikan suami Rica. Tapi dia sibuk maklumlah nak jahit baju pertunangan Izhan dengan Qarina. Faham-faham ajelah golongan tengku-tengku ni bertunang pun kena buat yang grand. Baju tu kalau boleh bukan setakat labuci, lampu lip-lap tu pun kalau boleh suruh dipasang kat baju. Itu yang suami saya sakit kepala. Nak fikir macammana nak letak lampu lip-lap kat pergelangan tangan.” - Erica



 Jika Kau Ada


 Jika Kau Ada
Dyza Ainun
RM 27.90
ISBN: 978-967-0535-29-6
656 hlm
Bahasa Melayu

Tarikh Terbit: 19 Jun 2013

Sinopsis

SETELAH meninggalkan anak kesayangannya Puteri, Jija aka Qalisya terus ke Kota London semula. Dia terpaksa tinggalkan Puteri kepada Zharul demi keselamatan anak dan suaminya itu. Semuanya kerana ugutan seseorang yang mahu membuat onar dalam keluarganya. Jija tidak sanggup melihat penderitaan Zharul lalu memilih untuk meninggalkan suaminya.Namun, di Kota London hatinya tetap merindui Zharul dan Puteri. Begitu juga Zharul, hatinya begitu sedih ditinggalkan oleh isteri tercinta. Namun, dia juga terpaksa merahsiakan identiti sebenar Jija agar isterinya itu sentiasa selamat. Harish pula mulai menjejaki Qhalisya hingga ke Kota London. Hatinya sudah tersadung dengan cinta setelah ditinggalkan oleh Elina yang mencuranginya. Sedang Zharul rindukan Jija, hatinya tercalar saat Puteri tiba-tiba hilang. Andainya dia diculik, kenapa tidak ada sesiapa pun yang menuntut wang tebusan? Ke manakah Puteri?Apakah yang akan terjadi kepada JIja. Mampukah perkahwinannya bersama Zharul bertahan? Bagaimana pula Harish? JIKA KAU ADA mengungkap segalanya.


Dia Tunang Aku!


Dia Tunang Aku!  
Dhieya Adlynna
RM 27.90
ISBN: 978-967-0535-22-7
672 hlm
Bahasa Melayu
Tarikh Terbit:
10 Mei 2013

Sinopsis
Dzaquan serba salah. Dia dalam dilema. Menerima ‘lamaran’ daripada Datuk Zaman atau berpisah dengan adik-adiknya? Menerima, bermakna dia akan melukakan sekeping hati seorang gadis yang tidak bersalah. Menolak, bermakna dia sanggup dipisahkan dengan adik-adiknya. Sudahnya, dia nekad. Satu keputusan harus dibuat. Dia terpaksa menjadi orang yang pentingkan diri sendiri demi mempertahankan adik-adiknya. Tapi, sanggupkah dia melukakan hati dan perasaan Aneesa, sedangkan dia tahu tiada ruang untuknya di hati itu?Aneesa pula sudah geleng kepala.Mr.Waiter? Rasa macam tak percaya saja dengan apa yang baru didengari daripada mulut rakannya itu. Terpikat dengan Dzaquan a.k.a tunang aku? Apa lebihnya Dzaquan, sampaikan dia menjadi kegilaan ramai perempuan di luar sana? Dah buta ke mata mereka? Dzaquan yang selekeh dan berambut panjang itu pula, dikatakan kacak dengan rambutnya diikat kemas? Senyuman dia boleh buat angau, suara dan layanan dia boleh buat jatuh cinta? Sah! Mereka semua dah tak betul! Tapi sejak bila pulak dia jadi waiter di CafĂ© S2? Kenapa dia langsung tak cakap pada aku? Aku kan tunang dia? Eh, kejap. Sejak bila aku akui dia sebagai tunang? Mereka bertunang pun kerana kedegilan papa. Di hatinya hanya ada Amsyar. Cinta aku hanya untuk Amsyar dan bukannya Mr.Waiter seperti Dzaquan tu!
Dulu Benci, Sekarang Suka
 Dulu Benci, Sekarang Suka 
 ROSE ELIZA
RM 27.90

ISBN: 978-967-0535-28-9
736 hlm
Bahasa Melayu
Tarikh Terbit: 21 Jun 2013

Sinopsis

Benci! Itulah yang Hazrel Hardy rasakan setiap kali bertemu dengan Nur Ain Zafira. Pelbagai rancangan diatur untuk mengenakan gadis itu. Disebabkan perbuatan seseorang, mereka terpaksa bernikah tanpa rela. Bagi Hazrel, Nur Ain tidak layak menjadi isteri serta memiliki cintanya. Hanya kebencian yang dilihat pada gadis itu. Apabila mulut tidak seiring dengan kata hati, perasaan benci bertukar menjadi sayang. Ego yang dipertahankan akhirnya runtuh. Dalam melayari kebahagiaan, kebenaran muncul silih berganti. Oleh kerana tidak mahu hatinya terluka dengan sejarah lama, Nur Ain bertekad untuk mengundur diri. Adakah Hazrel rela melepaskan Nur Ain pergi daripada hidupnya? Siapa pula Eddie Zakuan? Apakah tujuan Eddie Zakuan mengambil berat serta setia di sisi Nur Ain tatkala gadis itu menghadapi masalah?


 Cerita Satu Malam

Cerita Satu Malam  
Zaifuzaman Ahmad
RM 19.90
ISBN: 978-967-0535-23-4
544 hlm
Bahasa Melayu
Tarikh Terbit:
20 Mei 2013

Sinopsis

Mengisahkan Rizal yang baru bekerja di sebuah bangunan di pinggir kota Kuala Lumpur. Pada suatu malam, dia terpaksa pulang lewat kerana tugasnya. Apabila selesai bertugas, dia turun ke bawah untuk pulang. Namun apabila tiba di lobi, dia dikejutkan dengan kejadian seorang lelaki jatuh dari tingkat atas bangunan. Ketika dia tergamam itu, dia telah ditegur seorang pengawal keselamatan bernama Kadir. Melalui Kadir, dia telah diberitahu bahawa bangunan itu sebenarnya keras. Kadir menceritakan tiga kejadian yang pernah berlaku di dalam bangunan itu.Kisah Jennifer yang mengandung anak teman lelakinya telah mencari jalan singkat dengan terjun dari bangunan. Tandas di aras tujuh bangunan itu dikatakan berhantu berikutan kedengaran suara tangisan seorang perempuan dan ada kejadian ngeri. Terdapat juga kisah nasib pengawal keselamatan yang turut diganggu dengan sesusuk tubuh lelaki tanpa kepala.Rizal menjadi kalut mendengar cerita Kadir. Dia akhirnya meminta diri untuk pulang kerana waktu semakin lewat. Ketika dia keluar dari lobi, dia sempat melihat mayat yang terbujur di depan bangunan. Rizal bertambah terkejut apabila melihat wajah lelaki yang mati itu ialah Kadir. Jadi… dengan siapa dia bercakap tadi?
“Tapi abang tak bohong. Memang macam-macam ada dalam bangunan ni. Jumpa dengan tidak aje.” – Ayob

“Saya boleh buktikan yang kematian gadis-gadis di dalam tandas ni ada kena-mengena dengan puaka yang mendiami tempat ni.” – Shira


Pengantin Ekspres

Pengantin Ekspres  
Pitteriah Abdullah
RM 19.90
ISBN: 978-967-0535-07-4
528 hlm
Bahasa Melayu
Tarikh Terbit: 30 Mac 2013
 
Sinopsis

Dia sebenarnya mahu berubah, tetapi mesti ada pendamping setia yang sabar menemaninya, iaitu seorang perempuan bergelar isteri. Itulah azam lelaki yang bernama Rayyan. Latar belakang keluarga yang tidak langsung mempedulikan hal-hal agama membuatkan dia menjadi anak yang liar dan suka berpeleseran tetapi dalam hati, dia sebenarnya mahu kembali ke pangkal jalan. Lalu dia mencari calon isteri yang berpendidikan agama yang boleh membimbingnya untuk mengenali ALLAH.Aleeya bukan calang-calang orang, seorang yang teliti dan pemilih dalam hal-hal bakal suami. Apabila berjumpa dengan Rayyan, daripada perasaan benci sudah bertukar menjadi sayang. Apa salahnya dia beralah atas dasar cinta dan kasih sayang. Walaupun digelar pengantin ekspres dan dituduh sudah terlanjur, Aleeya tidak peduli lagi kerana dia sudah nekad.Namun bukan senang untuk Rayyan berubah apatah lagi mamanya, Puan Sarah tidak merestui perkahwinannya. Dia mahu isteri Rayyan hidup sosial dan bebas seperti kehidupan mereka sekeluarga. Bagaimana Rayyan menghadapi mamanya yang garang itu? Kenapa Aleeya tetap bersabar dengan perangai suaminya yang punya ego setinggi Gunung Himalaya itu?
Aku kenal dia pun tak, dia lagilah tak kenal aku, tiba-tiba aje ajak aku kahwin. Mentang-mentanglah aku baru putus tunang dan tak jadi kahwin, dia ingat aku ni apa? - Aleeya

Bertuah kahwin dengan anak pak alim ni. Marah pun suara lembut aje. Tak berani nak tinggikan suara dengan suami sebab berdosa. Kalau perempuan lain, mesti dah jadi singa sebab melihat suami berkepit dengan perempuan lain. He...he...he... - Rayyan


 Encik Montel Paling Sweet

Encik Montel Paling Sweet  
Aini Effariza
RM 19.90

ISBN: 978-967-446-009-9
544 hlm

Bahasa Melayu
Tarikh Terbit: 15 Jun 2014

Sinopsis

Pertemuan tidak terduga antara Danial dan Kamelia di kedai makan telah membuka kisah lama. Danial yang sejak sekian lama menyimpan perasaan terhadap Kamelia pernah meluahkan rasa hatinya kepada Kamelia sejak mereka belajar di kampus, namun ditolak gadis itu. Semenjak dari saat itu hubungan mereka renggang. Danial
membawa diri ke Seoul manakala Kamelia pula bekerja di syarikat papanya.

Tanpa diduga, Kamelia disahkan menghidap sirosis dan memerlukan pembedahan hati dengan segera. Dalam tempoh itu juga, dia telah ditinggalkan oleh kekasih hatinya, iaitu Hakimi. Kehadiran penderma misteri yang telah mendermakan sebahagian hatinya kepada Kamelia telah menyelamatkan nyawanya. Kamelia masih mencari siapakah gerangan penderma misteri itu.

Kemunculan semula Danial yang kembali menagih kasihnya membuatkan Kamelia keliru. Perlukah dia menerima cinta Danial? Berjayakah Kamelia menemui penderma misteri itu?

“ALLAH beri hati ini pada saya secara percuma, saya percaya jika tiba masanya perlu dikongsikan dengan orang yang berhak menerimanya,ia juga harus diberi percuma. Sebab itulah saya tak terima sebarang bayaran.” – DANIAL

“I datang sebagai kawan baik you, atau bekas kawan baik you, kita pernah rapat dan pernah terpisah.” – KAMELIA

“Cantik muncung awak. Selama saya bekerja dalam dunia korporat,tak pernah lagi saya dijemput oleh driver wanita. Cantik pulak tu.” – HAIKAL


 Ustaz Pink!

 Ustaz Pink! 
 Pistacia Vera
RM 25.90
ISBN: 978-967-446-019-8
608 hlm
Bahasa
Melayu
Tarikh Terbit:
31 Jul 2014

Sinopsis
Satu pertemuan bersejarah telah berlaku. Disebabkannya, Zahra menggelar Arif, pensyarahnya yang memiliki wajah ala-ala Eun Shi Kyung, sebagai Ustaz Pink. Walhal pensyarahnya itu bukan penggemar warna girly pun. Lain pula bagi Arif apabila hatinya sentiasa tertarik dengan gelagat gadis itu. Comel, perkataan yang sentiasa bermain di benaknya apabila berbalah dengan gadis itu.

“Apa kot-kot. Bangun lambat mana ada kot-kot. I don’t want to hear any excuses anymore. Saya bagi denda.” - ARIF si cool memanjang.
Setiap pertembungan membuatkan kedua-duanya bagaikan ada chemistry. Seperti molekul O2. Akhirnya daripada musuh bertukar menjadi kawan, boleh ke bertukar menjadi cinta sejati? Boleh ke mereka hidup bersama sebagai suami isteri? Kalau dah tertulis di dalam Lohmahfuz bahawa Zahra akan dijodohkan dengan Ustaz Pink juga, makanya tiada siapa pun yang mampu menghalangnya.
“Hoi! Shiela! Kau nak aku cili-cili mulut kau tu ke? Punya sedap kau cakap aku suka Ustaz Pink tu!” - ZAHRA si gelabah tak bertempat


Tersilap Pinang Isteri

Tersilap Pinang Isteri  
Niesya Hanie
RM 19.90
ISBN: 978-967-446-021-1
496 hlm
Bahasa Melayu
Tarikh Terbit: 30 Jul 2014
 
Sinopsis

Syarina Azwana dan Syarina Azwani merupakan adik-beradik kembar. Walaupun mempunyai rupa paras seiras, sikap dan kelakuan kedua-duanya amat berbeza. Syarina Azwani merupakan seorang gadis yang lemah lembut dan berbudi bahasa manakala Syarina Azwana pula merupakan seorang gadis yang kasar dan sering memberontak. Namun, kedua-duanya amat disayangi Encik Rostam dan Puan Rosmini.
Kerana sikap tergesa-gesa Hairul Zafrel, banyak pihak yang terluka. Dia terpaksa menikahi Syarina Azwana sedangkan gadis yang dicintainya adalah Syarina Azwani. bagi menutup segala kesilapan, Syahrul Zikri dengan rela hati menawarkan diri untuk membantu. Kebahagiaan yang dikecapinya bersama Syarina Azwani benar-benar melukai Hairul Zafrel.

Demi sebuah kebahagiaan, seseorang harus mengalah dan berkorban. tetapi, siapakah yang sanggup untuk membuat pengorbanan yang sebesar itu? Adakah Syarina Azwana, Syarina Azwani, Syahrul Zikri ataupun Hairul Zafrel?

"Zwani pun sayangkan abang tapi abang tak boleh buat macam ni pada keluarga Zwani. Kami akan dapat malu besar kalau perkahwinan ni tak jadi, malah keluarga abang jugak akan menanggung malu yang sama." ~ Syarina Azwani

"Maafkan Zwana, bang. Zwana tak dapat nak terima abang, Iya, memang Zwana akui yang Zwana masih cintakan abang tapi Zwana masih trauma dengan perkahwinan kita yang dulu. Abang tengking Zwana, buat Zwana macam perempuan yang tak ada harga diri. Abang malukan Zwana." ~ Syarina Azwana

"Mama, Erul pernah sakiti Zwana. Erul jugak pernah mensia-siakan kepercayaannya. Erul tak fikir dia akan terima Erul semula. Kenangan bersama Zwani masih tersimpan dalam hati ini." ~ Hairul Zafrel


 Hati Suamiku GK

Hati Suamiku GK 
 Azalea Eshal
RM 25.90

ISBN: 978-967-0535-96-8
~604 hlm

Bahasa Melayu
Tarikh Terbit: 15 Apr 2014

Sinopsis
Sejak kecil, Putra Huzaiman bersikap suka menguasai dalam semua perkara sehingga dia digelar ‘Gila Kuasa’ tetapi dia tidak kisah semua itu. Tiba-tiba hadir seorang gadis bernama Wafa Natasha. Gadis itu cukup selamba dengannya membuatkan dia berasa geram. Tanpa disedari, sikap selamba itulah menarik perhatian si GK ini untuk terus memiliki gadis itu.

Wafa Natasha seorang gadis lincah dan tiada apa yang dapat menggembirakan hatinya kecuali dapat melihat senyuman ayah dan emak tercinta. Itulah harta yang paling berharga yang pernah dia miliki sejak dilahirkan. Suatu hari, di saat dia gembira dengan keputusan SPM yang cemerlang, dia dikhabarkan berita kematian ayah dan emaknya akibat kemalangan jalan raya. Namun kehadiran seseorang memberitahunya bahawa keluarga Putra Huzaiman penyebab kemalangan itu. Dia menyimpan dendam pada keluarga itu yang dikatakan ada hubungan keluarga dengan arwah emaknya.

Segala perancangan dilakukan dengan teliti oleh Wafa Natasha demi sebuah dendam. Demi sebuah dendam dia sanggup berkahwin dengan Putra Huzaiman. Demi sebuah dendam dia sanggup dilukai. Dan demi sebuah dendam dia sanggup korbankan cintanya. Adakah dendamnya terbalas? Antara dendam dan cinta, apa yang menjadi pilihan Wafa Natasha?

"Kalau apa-apa yang terjadi pada mama dan papa aku, aku takkan maafkan kau, Sha. Takkan! Walaupun aku mencintai kau selamanya." - Putra Huzaiman

Aku nak Man sayang aku seorang. Aku seorang aje. Tapi... mahu ke Man terima aku semula setelah apa yang aku lakukan? - Wafa Natasha

Putra Huzaiman, kau takkan selamanya dapat memiliki Wafa Natasha. Dia milik aku! - Hamdan


banyak lagy novel keluaran buku prima nie...semunye best2 au untuk yang kaki-kaki novel...
  heheheehehe  saye cume nak berkongsi Sinopsis novel-novel nie jerk....klo kowg nk beli novel-novel nie beli la at kedai-kedai buku yang berhampiran wokey!!!!
  
hehee dimaklumkan saye adelah salah seorang pembantu jualan di kedai buku badan cemerlang...

Pic di rak novel buku prima yang ade di kedai buku badan cemerlang:



Tiada ulasan:

Catat Ulasan