Suamiku Encik Sotong
Suamiku Encik Sotong
Syikin Zainal
RM 25.90
ISBN: 978-967-0535-21-0
624 hlm
Bahasa Melayu
Tarikh Terbit: 17 Mei 2013
Sinopsis
ERICA SOFFEA melonjak kegembiraan. Mana tidaknya, dialah
bakal peneraju Khaleeda Holding. Walaupun hubungannya dengan arwah nenda
bu-kanlah baik sangat pun. Terasa macam hendak buat aksi akrobatik ketika
namanya diumumkan. Naik senak kepala Erica bila dia terpaksa dijodohkan dengan
sotong peliharaan nendanya, Farish. Dah lah tak macho, pakai baju warna pink.
Kalau bercakap tangan bukan main lentik lagi macam orang nak main mak yong.
Farish terpaksa menerima Erica kerana dua sebab. Pertama, sebab wasiat arwah
Tengku Khaleeda. Kedua, kerana tidak tahan dengan perangai berlagak Erica.
Lagipun bukan lama sangat dia perlu bergelar suami pada diva berlagak itu, tiga
tahun sahaja. Dalam tempoh perkahwinan mereka jatuh cinta. Tapi... cinta itu
bukan milik mereka berdua. Milik siapa ya?Peninglah, kalau dah dapat suami
sotong. Bukan hanya lembut fizikaltapi lembut juga hatinya. Erica pula terpaksa
terus bersama dengan Encik Sotongnya kerana cinta. Encik sotong bukan lelaki
biasa, tetapi lelaki yang sanggup berkorban segala-galanya demi tidak mahu
melihat Erica merana. Walaupun jiwa lelakinya menderita, tapi sampai bila?
“Amboi sedap aje mulut kau mengata kat aku. Aku pun tak ingin nak ambil
perempuan macam kau ni jadi isteri aku tau. Mulut macam puaka.” - Farish
“Bukanlah Kak Ain, bukan Rica nak sembunyikan suami Rica. Tapi dia sibuk
maklumlah nak jahit baju pertunangan Izhan dengan Qarina. Faham-faham ajelah
golongan tengku-tengku ni bertunang pun kena buat yang grand. Baju tu kalau
boleh bukan setakat labuci, lampu lip-lap tu pun kalau boleh suruh dipasang kat
baju. Itu yang suami saya sakit kepala. Nak fikir macammana nak letak lampu
lip-lap kat pergelangan tangan.” - Erica
Jika Kau Ada
Jika Kau Ada
Dyza Ainun
RM 27.90
ISBN: 978-967-0535-29-6
656 hlm
Bahasa Melayu
Tarikh Terbit: 19 Jun 2013
Sinopsis
SETELAH meninggalkan anak kesayangannya Puteri, Jija aka Qalisya
terus ke Kota London semula. Dia terpaksa tinggalkan Puteri kepada
Zharul demi keselamatan anak dan suaminya itu. Semuanya kerana ugutan
seseorang yang mahu membuat onar dalam keluarganya. Jija tidak sanggup
melihat penderitaan Zharul lalu memilih untuk meninggalkan
suaminya.Namun, di Kota London hatinya tetap merindui Zharul dan Puteri.
Begitu juga Zharul, hatinya begitu sedih ditinggalkan oleh isteri
tercinta. Namun, dia juga terpaksa merahsiakan identiti sebenar Jija
agar isterinya itu sentiasa selamat. Harish pula mulai menjejaki
Qhalisya hingga ke Kota London. Hatinya sudah tersadung dengan cinta
setelah ditinggalkan oleh Elina yang mencuranginya. Sedang Zharul
rindukan Jija, hatinya tercalar saat Puteri tiba-tiba hilang. Andainya
dia diculik, kenapa tidak ada sesiapa pun yang menuntut wang tebusan? Ke
manakah Puteri?Apakah yang akan terjadi kepada JIja. Mampukah
perkahwinannya bersama Zharul bertahan? Bagaimana pula Harish? JIKA KAU
ADA mengungkap segalanya.
Dia Tunang Aku!
Dia Tunang Aku!
Dhieya Adlynna
RM 27.90
ISBN: 978-967-0535-22-7
672 hlm
Bahasa Melayu
Tarikh Terbit: 10 Mei 2013
Sinopsis
Dzaquan serba salah. Dia dalam dilema. Menerima ‘lamaran’ daripada
Datuk Zaman atau berpisah dengan adik-adiknya? Menerima, bermakna dia
akan melukakan sekeping hati seorang gadis yang tidak bersalah. Menolak,
bermakna dia sanggup dipisahkan dengan adik-adiknya. Sudahnya, dia
nekad. Satu keputusan harus dibuat. Dia terpaksa menjadi orang yang
pentingkan diri sendiri demi mempertahankan adik-adiknya. Tapi,
sanggupkah dia melukakan hati dan perasaan Aneesa, sedangkan dia tahu
tiada ruang untuknya di hati itu?Aneesa pula sudah geleng
kepala.Mr.Waiter? Rasa macam tak percaya saja dengan apa yang baru
didengari daripada mulut rakannya itu. Terpikat dengan Dzaquan a.k.a
tunang aku? Apa lebihnya Dzaquan, sampaikan dia menjadi kegilaan ramai
perempuan di luar sana? Dah buta ke mata mereka? Dzaquan yang selekeh
dan berambut panjang itu pula, dikatakan kacak dengan rambutnya diikat
kemas? Senyuman dia boleh buat angau, suara dan layanan dia boleh buat
jatuh cinta? Sah! Mereka semua dah tak betul! Tapi sejak bila pulak dia
jadi waiter di Café S2? Kenapa dia langsung tak cakap pada aku? Aku kan
tunang dia? Eh, kejap. Sejak bila aku akui dia sebagai tunang? Mereka
bertunang pun kerana kedegilan papa. Di hatinya hanya ada Amsyar. Cinta
aku hanya untuk Amsyar dan bukannya Mr.Waiter seperti Dzaquan tu!
Dulu Benci, Sekarang Suka
Dulu Benci, Sekarang Suka
ROSE ELIZA
RM 27.90
ISBN: 978-967-0535-28-9
736 hlm
Bahasa Melayu
Tarikh Terbit: 21 Jun 2013
Sinopsis
Benci! Itulah yang Hazrel Hardy rasakan setiap kali bertemu dengan
Nur Ain Zafira. Pelbagai rancangan diatur untuk mengenakan gadis itu.
Disebabkan perbuatan seseorang, mereka terpaksa bernikah tanpa rela.
Bagi Hazrel, Nur Ain tidak layak menjadi isteri serta memiliki cintanya.
Hanya kebencian yang dilihat pada gadis itu. Apabila mulut tidak
seiring dengan kata hati, perasaan benci bertukar menjadi sayang. Ego
yang dipertahankan akhirnya runtuh. Dalam melayari kebahagiaan,
kebenaran muncul silih berganti. Oleh kerana tidak mahu hatinya terluka
dengan sejarah lama, Nur Ain bertekad untuk mengundur diri. Adakah
Hazrel rela melepaskan Nur Ain pergi daripada hidupnya? Siapa pula Eddie
Zakuan? Apakah tujuan Eddie Zakuan mengambil berat serta setia di sisi
Nur Ain tatkala gadis itu menghadapi masalah?
Cerita Satu Malam
Cerita Satu Malam
Zaifuzaman Ahmad
RM 19.90
ISBN: 978-967-0535-23-4
544 hlm
Bahasa Melayu
Tarikh Terbit: 20 Mei 2013
Sinopsis
Mengisahkan Rizal yang baru bekerja di sebuah bangunan di pinggir
kota Kuala Lumpur. Pada suatu malam, dia terpaksa pulang lewat kerana
tugasnya. Apabila selesai bertugas, dia turun ke bawah untuk pulang.
Namun apabila tiba di lobi, dia dikejutkan dengan kejadian seorang
lelaki jatuh dari tingkat atas bangunan. Ketika dia tergamam itu, dia
telah ditegur seorang pengawal keselamatan bernama Kadir. Melalui Kadir,
dia telah diberitahu bahawa bangunan itu sebenarnya keras. Kadir
menceritakan tiga kejadian yang pernah berlaku di dalam bangunan
itu.Kisah Jennifer yang mengandung anak teman lelakinya telah mencari
jalan singkat dengan terjun dari bangunan. Tandas di aras tujuh bangunan
itu dikatakan berhantu berikutan kedengaran suara tangisan seorang
perempuan dan ada kejadian ngeri. Terdapat juga kisah nasib pengawal
keselamatan yang turut diganggu dengan sesusuk tubuh lelaki tanpa
kepala.Rizal menjadi kalut mendengar cerita Kadir. Dia akhirnya meminta
diri untuk pulang kerana waktu semakin lewat. Ketika dia keluar dari
lobi, dia sempat melihat mayat yang terbujur di depan bangunan. Rizal
bertambah terkejut apabila melihat wajah lelaki yang mati itu ialah
Kadir. Jadi… dengan siapa dia bercakap tadi?
“Tapi abang tak bohong. Memang macam-macam ada dalam bangunan ni. Jumpa dengan tidak aje.” – Ayob
“Saya boleh buktikan yang kematian gadis-gadis di dalam tandas ni ada
kena-mengena dengan puaka yang mendiami tempat ni.” – Shira
Pengantin Ekspres
Pengantin Ekspres
Pitteriah Abdullah
RM 19.90
ISBN: 978-967-0535-07-4
528 hlm
Bahasa Melayu
Tarikh Terbit: 30 Mac 2013
Sinopsis
Dia sebenarnya mahu berubah, tetapi mesti ada pendamping setia yang
sabar menemaninya, iaitu seorang perempuan bergelar isteri. Itulah azam
lelaki yang bernama Rayyan. Latar belakang keluarga yang tidak langsung
mempedulikan hal-hal agama membuatkan dia menjadi anak yang liar dan
suka berpeleseran tetapi dalam hati, dia sebenarnya mahu kembali ke
pangkal jalan. Lalu dia mencari calon isteri yang berpendidikan agama
yang boleh membimbingnya untuk mengenali ALLAH.Aleeya bukan
calang-calang orang, seorang yang teliti dan pemilih dalam hal-hal bakal
suami. Apabila berjumpa dengan Rayyan, daripada perasaan benci sudah
bertukar menjadi sayang. Apa salahnya dia beralah atas dasar cinta dan
kasih sayang. Walaupun digelar pengantin ekspres dan dituduh sudah
terlanjur, Aleeya tidak peduli lagi kerana dia sudah nekad.Namun bukan
senang untuk Rayyan berubah apatah lagi mamanya, Puan Sarah tidak
merestui perkahwinannya. Dia mahu isteri Rayyan hidup sosial dan bebas
seperti kehidupan mereka sekeluarga. Bagaimana Rayyan menghadapi mamanya
yang garang itu? Kenapa Aleeya tetap bersabar dengan perangai suaminya
yang punya ego setinggi Gunung Himalaya itu?
Aku kenal dia pun tak, dia lagilah tak kenal aku, tiba-tiba aje ajak aku
kahwin. Mentang-mentanglah aku baru putus tunang dan tak jadi kahwin,
dia ingat aku ni apa? - Aleeya
Bertuah kahwin dengan anak pak alim ni. Marah pun suara lembut aje. Tak
berani nak tinggikan suara dengan suami sebab berdosa. Kalau perempuan
lain, mesti dah jadi singa sebab melihat suami berkepit dengan perempuan
lain. He...he...he... - Rayyan
Encik Montel Paling Sweet
Encik Montel Paling Sweet
Aini Effariza
RM 19.90
ISBN: 978-967-446-009-9
544 hlm
Bahasa Melayu
Tarikh Terbit: 15 Jun 2014
Sinopsis
Pertemuan tidak terduga antara Danial dan Kamelia di kedai makan
telah membuka kisah lama. Danial yang sejak sekian lama menyimpan
perasaan terhadap Kamelia pernah meluahkan rasa hatinya kepada Kamelia
sejak mereka belajar di kampus, namun ditolak gadis itu. Semenjak dari
saat itu hubungan mereka renggang. Danial
membawa diri ke Seoul manakala Kamelia pula bekerja di syarikat papanya.
Tanpa diduga, Kamelia disahkan menghidap sirosis dan memerlukan
pembedahan hati dengan segera. Dalam tempoh itu juga, dia telah
ditinggalkan oleh kekasih hatinya, iaitu Hakimi. Kehadiran penderma
misteri yang telah mendermakan sebahagian hatinya kepada Kamelia telah
menyelamatkan nyawanya. Kamelia masih mencari siapakah gerangan penderma
misteri itu.
Kemunculan semula Danial yang kembali menagih kasihnya membuatkan
Kamelia keliru. Perlukah dia menerima cinta Danial? Berjayakah Kamelia
menemui penderma misteri itu?
“ALLAH beri hati ini pada saya secara percuma, saya percaya jika tiba
masanya perlu dikongsikan dengan orang yang berhak menerimanya,ia juga
harus diberi percuma. Sebab itulah saya tak terima sebarang bayaran.” –
DANIAL
“I datang sebagai kawan baik you, atau bekas kawan baik you, kita pernah rapat dan pernah terpisah.” – KAMELIA
“Cantik muncung awak. Selama saya bekerja dalam dunia korporat,tak
pernah lagi saya dijemput oleh driver wanita. Cantik pulak tu.” – HAIKAL
Ustaz Pink!
Ustaz Pink!
Pistacia Vera
RM 25.90
ISBN: 978-967-446-019-8
608 hlm
Bahasa Melayu
Tarikh Terbit: 31 Jul 2014
Sinopsis
Satu pertemuan bersejarah telah berlaku. Disebabkannya, Zahra
menggelar Arif, pensyarahnya yang memiliki wajah ala-ala Eun Shi Kyung,
sebagai Ustaz Pink. Walhal pensyarahnya itu bukan penggemar warna girly
pun. Lain pula bagi Arif apabila hatinya sentiasa tertarik dengan
gelagat gadis itu. Comel, perkataan yang sentiasa bermain di benaknya
apabila berbalah dengan gadis itu.
“Apa kot-kot. Bangun lambat mana ada kot-kot. I don’t want to hear any
excuses anymore. Saya bagi denda.” - ARIF si cool memanjang.
Setiap pertembungan membuatkan kedua-duanya bagaikan ada chemistry.
Seperti molekul O2. Akhirnya daripada musuh bertukar menjadi kawan,
boleh ke bertukar menjadi cinta sejati? Boleh ke mereka hidup bersama
sebagai suami isteri? Kalau dah tertulis di dalam Lohmahfuz bahawa Zahra
akan dijodohkan dengan Ustaz Pink juga, makanya tiada siapa pun yang
mampu menghalangnya.
“Hoi! Shiela! Kau nak aku cili-cili mulut kau tu ke? Punya sedap kau
cakap aku suka Ustaz Pink tu!” - ZAHRA si gelabah tak bertempat
Tersilap Pinang Isteri
Tersilap Pinang Isteri
Niesya Hanie
RM 19.90
ISBN: 978-967-446-021-1
496 hlm
Bahasa Melayu
Tarikh Terbit: 30 Jul 2014
Sinopsis
Syarina Azwana dan Syarina Azwani merupakan adik-beradik kembar.
Walaupun mempunyai rupa paras seiras, sikap dan kelakuan kedua-duanya
amat berbeza. Syarina Azwani merupakan seorang gadis yang lemah lembut
dan berbudi bahasa manakala Syarina Azwana pula merupakan seorang gadis
yang kasar dan sering memberontak. Namun, kedua-duanya amat disayangi
Encik Rostam dan Puan Rosmini.
Kerana sikap tergesa-gesa Hairul Zafrel, banyak pihak yang terluka. Dia
terpaksa menikahi Syarina Azwana sedangkan gadis yang dicintainya adalah
Syarina Azwani. bagi menutup segala kesilapan, Syahrul Zikri dengan
rela hati menawarkan diri untuk membantu. Kebahagiaan yang dikecapinya
bersama Syarina Azwani benar-benar melukai Hairul Zafrel.
Demi sebuah kebahagiaan, seseorang harus mengalah dan berkorban. tetapi,
siapakah yang sanggup untuk membuat pengorbanan yang sebesar itu?
Adakah Syarina Azwana, Syarina Azwani, Syahrul Zikri ataupun Hairul
Zafrel?
"Zwani pun sayangkan abang tapi abang tak boleh buat macam ni pada
keluarga Zwani. Kami akan dapat malu besar kalau perkahwinan ni tak
jadi, malah keluarga abang jugak akan menanggung malu yang sama." ~
Syarina Azwani
"Maafkan Zwana, bang. Zwana tak dapat nak terima abang, Iya, memang
Zwana akui yang Zwana masih cintakan abang tapi Zwana masih trauma
dengan perkahwinan kita yang dulu. Abang tengking Zwana, buat Zwana
macam perempuan yang tak ada harga diri. Abang malukan Zwana." ~ Syarina
Azwana
"Mama, Erul pernah sakiti Zwana. Erul jugak pernah mensia-siakan
kepercayaannya. Erul tak fikir dia akan terima Erul semula. Kenangan
bersama Zwani masih tersimpan dalam hati ini." ~ Hairul Zafrel
Hati Suamiku GK
Hati Suamiku GK
Azalea Eshal
RM 25.90
ISBN: 978-967-0535-96-8
~604 hlm
Bahasa Melayu
Tarikh Terbit: 15 Apr 2014
Sinopsis
Sejak kecil, Putra Huzaiman bersikap suka menguasai dalam semua
perkara sehingga dia digelar ‘Gila Kuasa’ tetapi dia tidak kisah semua
itu. Tiba-tiba hadir seorang gadis bernama Wafa Natasha. Gadis itu cukup
selamba dengannya membuatkan dia berasa geram. Tanpa disedari, sikap
selamba itulah menarik perhatian si GK ini untuk terus memiliki gadis
itu.
Wafa Natasha seorang gadis lincah dan tiada apa yang dapat
menggembirakan hatinya kecuali dapat melihat senyuman ayah dan emak
tercinta. Itulah harta yang paling berharga yang pernah dia miliki sejak
dilahirkan. Suatu hari, di saat dia gembira dengan keputusan SPM yang
cemerlang, dia dikhabarkan berita kematian ayah dan emaknya akibat
kemalangan jalan raya. Namun kehadiran seseorang memberitahunya bahawa
keluarga Putra Huzaiman penyebab kemalangan itu. Dia menyimpan dendam
pada keluarga itu yang dikatakan ada hubungan keluarga dengan arwah
emaknya.
Segala perancangan dilakukan dengan teliti oleh Wafa Natasha demi sebuah
dendam. Demi sebuah dendam dia sanggup berkahwin dengan Putra Huzaiman.
Demi sebuah dendam dia sanggup dilukai. Dan demi sebuah dendam dia
sanggup korbankan cintanya. Adakah dendamnya terbalas? Antara dendam dan
cinta, apa yang menjadi pilihan Wafa Natasha?
"Kalau apa-apa yang terjadi pada mama dan papa aku, aku takkan maafkan
kau, Sha. Takkan! Walaupun aku mencintai kau selamanya." - Putra
Huzaiman
Aku nak Man sayang aku seorang. Aku seorang aje. Tapi... mahu ke Man
terima aku semula setelah apa yang aku lakukan? - Wafa Natasha
Putra Huzaiman, kau takkan selamanya dapat memiliki Wafa Natasha. Dia milik aku! - Hamdan
banyak lagy novel keluaran buku prima nie...semunye best2 au untuk yang kaki-kaki novel...
heheheehehe saye cume nak berkongsi Sinopsis novel-novel nie
jerk....klo kowg nk beli novel-novel nie beli la at kedai-kedai buku
yang berhampiran wokey!!!!
hehee dimaklumkan saye adelah salah seorang pembantu jualan di kedai buku badan cemerlang...
Pic di rak novel buku prima yang ade di kedai buku badan cemerlang: