DEFINISI SIHIR
Sihir adalah satu perbuatan hasad dengki dan sabotaj
melibatkan bantuan jin dimana seseorang tersebut meminta bantuan daripada dukun
ataupun pun meminta secara terus dengan syaitan untuk melaksanakan hajat buruk
mereka. Sihir tergolong dalam kejahatan yang dikehendaki Allah S.W.T. Wujudnya
ia di dunia ini sebagai ujian dan cubaan, walaupun tidak diredhaiNya. Allah
S.W.T. melarang manusia melakukannya.
Definisi ringkas ialah, "Suatu perbuatan yang dilakukan
dengan syarat-syarat yang tertentu, dibawah keadaan dan persiapan-persiapan
yang aneh dengan cara-cara yang misterius." Terdapat perbezaan yang tipis
antara sihir dengan mukjizat. Mukjizat mengubah sesuatu hakikat ( realiti )
dengan percubaan yang betul-betul terjadi, dan mukjizat inilah yang menjadi
rahsia masuk Islamnya para penyihir Fir'aun.
Sejarah Ilmu Sihir
Ilmu sihir itu
sudah ada sejak zaman dahulu. Hingga kini pun ilmu tersebut tetap di praktikkan
oleh manusia baik untuk tujuan jahat mahupun kebaikan. Sihir dalam kaca mata
mistik adalah sisitem konsep yang merupakan kemampuan manusia untuk
mengendalikan alam termasuk kejadian, mistik, paranormal atau supernatural.
Ilmu sihir ini
pertama kali ada pada zaman Nabi Sulaiman a.s . Dahulu para syaitan naik ke
langit untuk mencuri khabar yang disampaikan oleh para malaikat tentang sesuatu
yang akan terjadi di muka bumi berupa kematian, ilmu ghaib dan perintah Allah
S.W.T..
Tentang masalah
hakikat sihir ini dijelaskan dalam Al-Quran karim yang berbunyi :
“Dan mereka
mengikut apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman dan
mereka mengatakan bahawa Sulaiman itu mengerjakan sihir padahal sulaiman itu
tidak kafir tidak mengerjakan sihir hanya syaitan-syaitan itulah yang kafir
mengerjakan sihir. Mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang
diturunkan kepada dua orang malaikat negeri Babil iaitu Harut dan Marut. Sedang
keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seorang pun sebelum mengatakan :
“ Sesungguhnya kami hanya cubaan bagimu
sebab itu janganlah kamu kafir. Maka mereka mempelajari sihir itu mereka dapat
menceraikan antara seorang suami dengan isterinya. Dan mereka itu ahli sihir
tidak memberi mudharat dengan sihirnya kepada seorang pun kecuali dengan izin
Allah. Dan mereka mempelajari sesuatu yang memberi mudharat kepadanya dan tidak
memberi manfaat.”
( Surah
Al-Baqarah 102 )
Tanda-tanda Terkena Sihir
- Sakit kepala selepas
waktu asar keatas.
- Badan terasa berat
dan malas.
- Sukar mendapat
jodoh.
- Badan terasa
bisa-bisa.
- Sakit ketika ziarah
orang meninggal.
- Sukar tidur malam.
- Sakit pinggang tanpa
sebab.
- Sakit dada bila
waktu asar keatas.
- Mimpi melihat
binatang seperti ular dan sebagainya.
- Bermimpi bayi atau
menyusukan bayi.
- Bermimpi di tempat
tinggi.
- Bermimpi di tempat
yang kotor.
- Sakit anggota badan
tertentu seperti kaki selepas waktu asar.
- Ada terasa benda
bergerak dibawah kulit.
- Bayi kerap menangis.
- Suami isteri kerap
bertengkar walau perkara kecil.
- Sayang
melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
- Malas beribadat.
- Nyanyuk ketika usia
lanjut.
- Panas baran.
- Sikap berubah secara
mendadak.
- Gelisah dan panas
ditengkuk bila dengar al-quran.
- Suka melakukan
tabiat buruk.
- Kerap sendawa bila
mendengar al-quran.
- Kerap keguguran.
- Gagal melakukan
hubungan kelamin.
- Mengantuk bila
dengar al-quran.
- Bermimpi seram yang
menakutkan.
- Darah haid turun
lebih 15 hari.
- Batuk yang
berpanjangan.
- Selalu ditindih
ketika tidur.
- Kuat berangan.
- Terlalu rasa rendah
diri dan tidak berkeyakinan.
- Nafsu seksual yang
melampau.
- Selalu melihat
kelibat dirumah.
- Terasa diri selalu
diperhatikan.
- Mandul.
- Kerap mendengar
sesuatu bisikan.
- Melihat jin secara
terus.
- Sakit mental atau
gila.
Dibawah ini dinyatakan cara-cara atau amalan yang boleh
dilakukan untuk memagar diri anda dari perbuatan jahat tukang sihir atau
pengamal ilmu hitam. Sihir mungkin tidak mengenal siapa anda. Ia boleh
menyerang anda.. ketahuilah cara memagari diri anda dari sihir dan gangguan syaitan.
1. Makan Tamar 'Ajwah dan Tamar Madinah
Amalkan memakan tamar (kurma) 'ajwah dan jika boleh makan bersama tamar
madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendaptkan kedia-dua jenis tamar tersebut,
makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati sabda Rasulullah s.a.w
yang berbunyi:
"barang siapa yang memakan tujuh biji tamar'ajwah, dia tidak akan mendapat
sebarang kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari itu".
(Riwayat Al Bukhari)
2. Berwuduk Sebelum tidur
Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang
mempunyai wuduk. Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa
dikawal ketat oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah S.W.T
kepada meraka. Sabda Rasulullah s.a.w : Ertinya:
"Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan menyucikan kamu,
Kerana sesungguhnya tiada seorang pun dari mereka yang bersuci terlebih dahulu
sebelum tidur, melainkan anda bersamanya"
Malaikat tersebut tidak akan pernah terlali walaupun sedetik untuk mengucapkan
doa:
"Ya Allah!Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia telah tidur dalam keadaan
bersuci"
(Riwayat AT Tabraabiy Dengan Sanad Yang Baik)
3. Mengambil berat tentang solat berjemaah
Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang muslim bebas
serta aman dari gangguan syaitan. bersikap sambil lewa terhadap solat berjamaah
akan menyebabkan syaitan akan mengambil peluang untuk mendampingi mereka.
Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia akan berjaya merasuk, menyihir
atau melakukan kejahatan lain.
Mengikut riwayat Abu Hurairah r.a., Rasululllah

telah
bersabda: Ertinya:
"Mana-mana kampung mahupun kawasan hulu yang tidak mendirikan solat
berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescaya akan didampingi oleh
syaitan"
Oleh itu hendaklah dirikan solat berjemaah, sesungguhnya serigala akan memakan
kambing-kambing yang menyendiri dari puaknya.
(Riwayat Abu Daud Dengan Sanad)
4. Mendirikan Solat Tahajjud untuk memagarkan diri dari Sihir.
Bangunlah mengerjakan solat malam dan janganlah mempermudah-mudahkannya. SIfat
mempermudah-mudahkan bangun bersolat malam boleh memberi ruang kepada syaitan
untuk menguasai diri seseorang itu. Apabila syaitan telah mampu menguasai diri
seseorang, maka dirinya adalah tidak ubah seperti bumi yang ketandusan akabibat
kesan tindak balas hasil perlakukan syaitan tersebut.
5. Membaca doa perlindungan apabila masuk didalam tandas.
Tandas adalah tempat ktor dan merupakan rumah bagi syaitan, Apabila Rasulullah
S.A.W mahu memasuku tandas. Baginda akan membaca doa perlindungan dengan berkata:
Ertinya:
"Dengan nama Allah. Ya ALlah! Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari
sebarang kekotoran dan gangguan syaitan"
(Riwayat Al Bukhari dan Muslim)
Maksudnya adalah berlindung dari gangguan syaitan-syaitan jantan dan betina
6. Memagar isteri selepas selesai akad nikah
Selepas majlis akad nikah, pada malam pengantin sebelum memulakan adab-adab
berpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan kenannya di atas
ubun-ubun kepala isterinya sambil berdoa:
"Ya Allah, aku memohon kepadaMU kebaikan yang telah Engkau selubungi ke
atasnya, dan aku berlindung dari keburukannya dan keburukan yeng telah Engkau
selubungi ke atasnya. Ya Allah berkatilah isteriku ini atasku dan lindungi
dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki dan perbuatan
tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan perbuatan orang-orang yang
suka melakukan tipu daya:
(Riwayat Abu daud dan Menurut Al Albaaniy Sanadnya Baik)
Antara perkara sihir adalah santau
Santau ini ada 2 jenis. Ada yang dipanggil santau angin
iaitu santau yang dihantar melalui angin dengan menggunakan khidmat jin. Satu
jenis lagi ialah santau yang diletakkan ke dalam makanan mangsa.
Apakah yang dipanggil santau ini? Ia adalah sejenis racun
yang ramuannya dibuat daripada bahan-bahan yang berbisa dan kotor yang
diserrtai dengan pemujaan syaitan ataupun jin. Mangsa yang terkena santau
selalunya dibinasakan dengan perlahan-lahan samada supaya dia menderita
berpanjangan yang berakhir dengan kematian ataupun menemui ajalnya dalam jangka
masa tertentu.
Antara bahan-bahan yang biasanya digunakan di dalam ramuan
santau ialah:
- Bahan
Bisa yang boleh diperolehi daripada bahan untuk membuat racun seperti air
lipan bara, bisa ular senduk, bisa ular kapak, bisa katak puyu, ubur-ubur,
bisa getah ipuh, buah kacang hantu, bisa akar-akar kayu dan sebagainya.
- Bahan
Miang/Gatal diantaranya ialah sepertu miang sembilu buluh, miang tebu,
miang rebung, tali guni, ulat bulu yang masih hidup. Mangsa yang terkena
santau ini selalunya akan merasa gatal di tekak, manakala badannya terasa
bisa.
- Bahan
Pedih (melukakan) yang menyebabkan mangsa merasa pedih apabila terkena
santau. Bahan tersebut adalah kaca, mentol lampu, rambut, benang sutera,
tali sabut, kuku manusia atau binatang, kelongsong telur ayam, bahan-bahan
kotor daripada binatang yang telah mati seperti kulit lipas, lipan dan
sebagainya.
Santau ini jika tidak disedari dan lambat dirawat, mangsa
boleh menemui ajal ataupun menderita sakit yang teruk. Keadaan penyiksaan
sebeginilah yang diingini oleh penghantar santau untuk membalas dendam.
JENIS-JENIS SIHIR
PATUNG
Tukang sihir akan menggunakan
bahan-bahan yang didapati daripada tubuh badan mangsa seperti rambut,
kuku dan sebagainya yang kemudian diikat pada patung. Seterusnya patung
itu dicucuk dengan jarum. Pada masa yang sama jampi mantera dibaca oleh
tukang sihir tersebut dan dipercayai mangsa akan berasa sakit dan boleh
membawa maut.
SANTAU
Nama ini sudah begitu popular di
kalangan masyarakat Melayu. Santau merupakan bahan campuran antara kaca
yang ditumbuk halus dan ia akan dimasukkan ke dalam makanan atau minuman
mangsa dengan membaca ayat-ayat tertentu oleh tukang sihir
TELUR LAYANG
Tukang sihir akan mengambil sebiji telur
yang telah dijampi yang lalu dibalut dengan kain kuning. Kemudian
sebatang jarum akan dicucuk ke dalam telur tersebut sambil jampi mantera
dibaca. Akibatnya mangsa akan berasa sakit serta boleh membawa maut.
TANGKAL dan AZIMAT
Tukang sihir akan menulis ayat azimat
dengan lidi daun pokok kabong berserta dakwat merah yang dicampur dengan
bedak za’faran dan air ros. Dakwat merah tersebut ialah darah seseorang
yang telah mati dibunuh dengan kejam atau darah ayam jantan. Kemudian
tangkal atau azimat tadi diperasap dengan kemenyan yang dilakukan pada
malam jumaat atau malam khamis yang ditujukan kepada mangsanya.
SIHIR PEMBENCI dan KASIH SAYANG
Sihir pembenci bertujuan memisahkan
sepasang kekasih atau suami-isteri. Manakala sihir kasih-sayang boleh
dilakukan oleh tukang sihir dengan menulis ayat-ayat jampi di atas
kertas kemudian dibakar dan habuknya dimasukkan ke dalam minuman yang
disertakan dengan jampi tiga kali sambil menyebut nama orang yang
dihajati.
Doa yang perlu dibaca untuk berwaspada:
” BISMILLAHILLAZI LA YADURRU MA’ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA
FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI’UL ‘ALIM “
Ertinya :
Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa :
“Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada
di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui” sebanyak
3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh
esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa
kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya”
( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ;
Tirmizi : Hasan – Teks doa berwarna Merah Syeikh Syuaib ; Hasan)
Hukum pengamal santau ini adalah syirik dan berdosa besar.
Sumber: